Berita YBUDR
PELAJAR ORANG ASLI BERUBAH ANGIN PDF Print E-mail

KUALA LUMPUR -  Teruja!

Mungkin itu ungkapan yang sesuai  untuk menggambarkan perasaan 120 pelajar Orang Asli dari negeri Perak yang terpilih untuk mengikuti Program Motivasi Orang Asli Negeri Perak 2011.

Kebiasaannya program-program begini diadakan di dalam Negeri Perak, namun kali ini perbezaan lokasi memberikan satu pengalaman baru buat mereka.

Bukan sekadar dibawa ke luar negeri, malahan  37 pelajar lelaki dan 83 pelajar perempuan  ini bakal menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi tersohor negara yang terletak di ibu negara.

Seawal  jam 7 pagi, ditemani kaum keluarga mereka  sudah pun berkumpul di pejabat Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan iaitu selaku pengajur program yang bermula 6 hingga 9 Jun lalu

Perjalanan kira-kira dua jam dari Ipoh ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur  tidak begitu dirasai lantaran keinginan menjejakkan kaki ke universiti tertua negara ini.

Berbekalkan semangat dan azam untuk mengubah jati diri, para pelajar ini sanggup berpisah dengan keluarga masing-masing selama tiga hari.

Persinggahan pertama mereka Muzium Negara, ternyata memberi satu pengalaman baru  selain dapat melihat dari dekat  khazanah tinggalan lampau.

Pelajar-pelajar yang berpotensi untuk kecemerlangan Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia ini seterusnya di bawa ke Pusat Sains Negara sebelum bertolak ke penginapan di Kolej 11 , Universiti Malaya.

Setibanya di Universiti Malaya, program motivasi pun bermula selama tiga hari.

Bagi menguatkan semangat kecemerlangan akademik, Ikon Graduan Orang Asli, Adam Zaidi dari jurusan ekonomi Universiti Malaya, turut hadir sebagai penceramah motivasi jemputan.  - YBUDR

 


Bergambar di hadapan Muzium Negara

Pelajar bergambar dengan patung masyarakat Orang Asli.


Melawat ke Petrosains, KLCC


Bergambar dengan replika haiwan purba di Petrosains KLCC.

Rakam kenangan sebaik tiba di UMKL.

Pakar Motivasi , Muslee Abdullah memberikan bimbingan motivasi kepada peserta program di UMKL

Persembahan berkumpulan peserta program di UMKL

Bergambar di hadapan Pusat Sains Negara.

 

Dalam Talian

We have 13 guests online

Kemaskini Terakhir

Dikemaskini Pada : 18 February 2014

Statistik Pelawat

Hari Ini:25
Semalam:191
Bulan Ini:3790
Keseluruhan:1411684
Sejak Tahun:2010-10-18