Berita YBUDR
MODEL BARU BAGI RUMAH MAMPU MILIK DI PERAK PDF Print E-mail

Kerajaan negeri sedang mengenal pasti modul baru sebagai usaha membantu golongan yang layak mendapatkan bantuan menerusi program Rumah Mampu Milik (RMM) yang diperkenalkan kerajaan persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata dalam memastikan kejayaan program berkenaan, kerajaan negeri sedia bekerjasama dan mengadakan perbincangan dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Kita sedia bekerjasama dan berbincang dengan kerajaan Pusat melalui agensinya iaitu SPNB untuk menjayakan dasar RMM sebagai membantu rakyat negeri Perak," katanya.

Zambry berkata, sememangnya sudah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu rakyat miskin dan tidak berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

"Setakat ini pun kerajaan negeri melalui beberapa agensi seperti Yayasan Bina Upaya sudah membantu golongan miskin yang tidak berumah untuk memiliki rumah sendiri," katanya.

 SUMBER: PERAKBN

 

Dalam Talian

We have 38 guests online

Statistik

Content View Hits : 1182708

Kemaskini Terakhir

Dikemaskini Pada : 23 May 2013