Berita YBUDR
Projek Sekolah Angkat PDF Print E-mail

Projek Sekolah Angkat

Projek Sekolah Angkat merupakan satu program yang diilhamkan oleh Badan Amal dan Usaha Isteri – Isteri Wakil Rakyat Perak (BAIDURI) dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). YBUDR menjadi badan penyelaras dan perlaksanaan bagi program ini. BAIDURI dan MRCB amat prihatin kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan bersekolah di sekolah yang tidak begitu sempurna dari
segi prasarana pembelajaran. Oleh sebab itu, BAIDURI dengan kerjasama YBUDR mengambil inisiatif untuk mengadakan program sekolah angkat. Program ini dijangka dapat membantu pelajar di sekolah tersebut di dalam pelbagai aspek terutama dari segi akademik, pembangunan diri dan kesihatan mental serta psikososial. Tujuan utama program ini ialah memberi bimbingan secara terancang bagi membangunkan pelajar sekolah tersebut dari segi akademik, pembangunan
diri, kesihatan mental dan psikososial.

OBJEKTIF PROJEK

  • Meningkatkan prestasi akademik sekolah-sekolah angkat.
  • Menganjurkan bengkel motivasi kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan imej kendiri pelajar yang berada di dalam sekolah angkat.
  • Membangunkan pelajar dari aspek mental, emosi dan sosial.

10 SENARAI SEKOLAH YANG TERPILIH MENYERTAI PROJEK SEKOLAH ANGKAT I.B.U

KATEGORI SEKOLAH RENDAH : 5 BUAH SEKOLAH

  1. SK BASIA LAMA, 33320 GERIK, PERAK (HULU PERAK)
  2. SK SUAK PADI, 32600 BOTA, PERAK (PERAK TENGAH)
  3. SK KAMPONG PERAK, 34500 BATU KURAU, PERAK (LMS)
  4. SJK(T) LADANG STRATHISLA, 31200 CHEPOR, PERAK (KINTA UTARA)
  5. SJK (C ) PEI CHING, 32700 BERUAS, PERAK (MANJUNG)

KATEOGRI SEKOLAH MENENGAH : 5 BUAH SEKOLAH

  1. SABK SHAMSUL MAARIF AL-WATANIAH, 34250 TG.PIANDANG, PERAK (KERIAN)
  2. SMK TRONOH, 31750 TRONOH, PERAK (KINTA SELATAN)
  3. SMK DATO' SAGOR, 36700 LANGKAP, PERAK (HILIR PERAK)
  4. SMK DATUK HAJI ABDUL WAHAB, 31100 SUNGAI SIPUT (U), PERAK (KUALA KANGSAR)
  5. SMK SUNGKAI, JALAN PEKAN LAMA, 35600 SUNGKAI, PERAK (BATANG PADANG)

Sumbangan Wang Latih Tubi dan Set Komputer

Penyerahan wang latih tubi dan set komputer mengikut keperluan dan permintaan dari pihak sekolah berkenaan. Wang latih tubi diberikan kepada sekolah rendah yang memerlukan. Sekolah yang layak menerima sebuah set komputer lengkap dengnan mesin pencetak diberikan kepada SK Suak Padi, Bota dan SJK(T) Ladang Strathisla, Chepor. Analisa dan pemilihan kelayakan penerima wang latih tubi dan set komputer diberikan kepada sekolah yang menepati kriteria penerima dan ianya juga bergantung kepada peruntukan kewangan sedia ada.

Sumbangan Buku, Hadiah Kecemerlangan Pelajar dan Lencana Cemerlang

Terdapat sekolah yang memohon bantuan buku rujukan dan kamus untuk kegunaan pelajar sekolah. Justeru, bagi memastikan pencapaian meningkat, pelbagai usaha pihak sekolah untuk menggalakkan pelajar untuk terus belajar. 2 buah sekolah iaitu SK Kampong Perak dan SJKC Pei Ching, Beruas telah diluluskan untuk menerima sumbangan Hadiah Kecemerlangan Pelajar dan Lencana Cemerlang bagi pelajar yang mendapat keputusan yang baik.

BANTUAN DAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN UNTUK PROJEK SEKOLAH ANGKAT INTELEK BINA UPAYA (I.B.U)

BIL

PERUNTUKAN BANTUAN DAN SUMBANGAN

1.

Kelas Bimbingan Bahasa Inggeris

2.

Kelas Bimbingan Peperiksaan

3.

Peruntukan Makan Tengahari Setiap Kali Sebelum Kelas Bimbingan untuk pelajar

4.

Peruntukan Sumbangan Latih Tubi dan Kemahiran Pelajar

5.

Program Motivasi Pelajar dan Keibubapaan

6.

Peruntukan set komputer dan mesin cetak

7.

Peruntukan Lencana Kecemerlangan Pelajar

8.

Peruntukan Hadiah Pelajar Cemerlang

9.

Peruntukan Buku kerja dan Kamus untuk kegunaan pelajar

10.

Peruntukan Hadiah Intensif Pelajar Cemerlang

  • Kesemua bantuan dan peruntukan diatas tertakluk kepada permintaan sekolah angkat yang berkenaan dan peruntukan yang telah disediakan oleh Pihak Pengurusan Projek.
  • SMK Tronoh menjalankan kelas tambahan hanya untuk pelajar Tingkatan 3 sahaja kerana pihak sekolah telah memulakan kelas bimbingan peperiksaan seumpama ini pada awal tahun 2011 lagi. Oleh yang demikian, di atas permintaan pihak sekolah untuk terus menjalankan program yang sedia ada selaras dengan objektif dan tujuan Projek Sekolah Angkat Intelek Bina Upaya. Selain itu, program motivasi kecemerlangan pelajar turut melibatkan pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan dan ibubapa pelajar berkenaan.
  • Sekolah yang menerima set komputer lengkap dengan mesin pencetak ialah SK Suak Padi, Bota dan SJK(T) Ladang Strathisla, Chepor.

Penilaian ke atas setiap sekolah angkat diambil kira dari pelbagai aspek. Antaranya ialah:

  • Kelas bimbingan peperiksaan dan kelas Bahasa Inggeris.
  • Kehadiran pelajar setiap kelas.
  • Perubahan daya saing pelajar selepas program motivasi.
  • Keputusan peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar setiap sekolah.

JADUAL 1 : PERBANDINGAN PERATUS KEPUTUSAN UPSR KATEGORI SEKOLAH RENDAH

KEPUTUSAN UPSR SEKOLAH – SEKOLAH ANGKAT INTELEK BINA UPAYA 2011

Table 1

 

 

Jadual 1
Jadual 2

JADUAL 1 : PERBANDINGAN PERATUS KEPUTUSAN UPSR KATEGORI SEKOLAH RENDAH

KEPUTUSAN PMR SEKOLAH ANGKAT INTELEK BINA UPAYA 2011

Table 1

 

 

Jadual 3
Jadual 4

JADUAL 2 : PERBANDINGAN PERATUS KEPUTUSAN PMR KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
Dari perbandingan keputusan UPSR dan PMR yang diperolehi pada tahun 2011, secara keseluruhan peratus lulus matapelajaran Bahasa Inggeris membantu menaikkan peratus sekolah. Oleh yang demikian, usaha serta aktiviti pihak pengurusan dan sekolah di dalam melaksanakan Projek Intelek Bina Upaya ini mendatangkan manfaat kepada pelajar dan pihak sekolah. Kesimpulannya, 4 daripada 10 sekolah menunjukkan peningkatan peratus peperiksaan sekolah manakala 6 daripada 10 sekolah menunjukkan peningkatan di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

KESAN DAN IMPAK PROJEK SEKOLAH ANGKAT INTELEK BINA UPAYA 2011

BIL

Perkara

Kesan dan Impak

1

Penglibatan Pelajar Sekolah

Penglibatan pelajar dari Sekolah Rendah ialah 176 orang dan Sekolah Menengah ialah 850 orang. Seramai 1026 pelajar sekolah telah terlibat sepanjang projek ini dijalankan.

2

Penglibatan Ibu Bapa Pelajar

Ibu bapa juga merupakan pendorong di dalam memupuk minat belajar anak-anak mereka. Program Motivasi Pelajar dan ibu bapa telah menimbulkan rasa tanggungjawab dan keprihatinan ibu bapa di atas kejayaan seseorang pelajar itu. Maka seramai 400 ibu bapa yang hadir di program motivasi yang diadakan.

3

Keputusan Peperiksaan UPSR

Seramai 79orang pelajar telah lulus keseluruhan daripada 176 orang pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR 2011.

4

Keputusan Peperiksaan PMR

Seramai 353orang pelajar telah lulus keseluruhan daripada 692 orang pelajar yang menduduki peperiksaan PMR 2011.

5

Keputusan Bahasa Inggeris

7 daripada 10 sekolah angkat telah menunjukkan peningkatan khusus bagi matapelajaran Bahasa Inggeris.

6

10 Sekolah Angkat Terpilih

5 Sekolah Rendah , 5 Sekolah Menengah telah terpilih sebagai Sekolah Angkat 2011.

7

Penaja Projek

Hebahan media dan banner ucapan Selamat Maju Jaya kepada calon peperiksaan setiap sekolah, mendapat perhatian daripada ibu bapa dan komuniti setempat. Ia sekaligus menaikkan nama pihak penganjur terutama BAIDURI dan MRCB di dalam usaha menjalankan Community Social Responsibility (CSR) di dalam membantu pembangunan pendidikan di Negeri Perak

8

Bantuan Kewangan dan Peralatan kepada pihak sekolah

Bantuan Wang Latih Tubi, Anugerah Pelajar Cemerlang, Bantuan Buku Rujukan dan komputer telah memberikan kemudahan kepada pihak di dalam usaha menambahbaikkan perkhidmatan dan mutu sekolah serta buku-buku rujukan yang diberi mampu menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajaran secara konsisten.

9

Kelas Bimbingan dan kesan kepada ekonomi keluarga pelajar

Kelas bimbingan yang diadakan secara tidak langsung membantu keluarga yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak mereka menghadiri kelas Bahasa Inggeris secara konsisten. Secara tidak langsung, dapat melahirkan keluarga yang mementingkan pelajaran demi masa hadapan anak-anak mereka.


TESTIMONIAL

 " Saya sebagai Guru Besar SK Suak Padi mewakili guru-guru, murid-murid dan ibu bapa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BAIDURI, MRCB dan YBU atas sumbangan projek sekolah angkat Intelek Bina Upaya. Dengan adanya projek ini, terdapat peningkatan dalam keputusan UPSR 2011 khususnya matapelajaran Bahasa Inggeris dari 35.3% kepada 42.9%. Sebagai sekolah Murid Orang Asli dengan adanya projek ini telah memberi semangat kepada murid-murid untuk maju dalam pelajaran terutama Bahasa Inggeris. Harapan kami keputusan UPSR 2012 akan terus meningkat. Sekali lagi pihak sekolah serta PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan". – Guru Besar SK Suak Padi, Puan Selmywaty Bt A. Bakar

"Projek ini sangat baik dan patut diteruskan. Ia memberikan satu impak kepada ibu bapa. Ini kerana kesan dari motivasi keibubapaan telah mewujudkan satu persefahaman yang unik daripada pihak ibu bapa kepada guru-guru dan komuniti setempat. Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka untuk sama-sama melihat kejayaan pelajar-pelajar didalam peperiksaan". - Guru Besar SJK (C ) Pei Ching Encik Beh Lek Kia

"Warga SMK Tronoh mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur atas bantuan dalam bentuk sumbangan wang dalam Program Kelas Tambahan Tingkatan Tiga 2011 untuk matapelajaran Bahasa Inggeris. Peningkatan berlaku dalam matapelajaran Bahasa Inggeris daripada 56.34 (2010) kepada 58.6 (2011). Peratus PMR merosot namun GPS menurun dari 3.44 kepada 3.32".

 

Dalam Talian

We have 10 guests online

Kemaskini Terakhir

Dikemaskini Pada : 29 October 2014

Statistik Pelawat

Hari Ini:116
Semalam:258
Bulan Ini:7360
Keseluruhan:1450624
Sejak Tahun:2010-10-18